Sunday, October 4, 2015

Buih [8]

Berkali-kali dia mengerlipkan mata. Memastikan apa yang dilihatnya tepat.

"Betul lah. Mata tu tak salah pun," ujar Khalid lalu mengambil tempat di sebelahnya.

Nisa menarik senyuman.

"Tengok ke 'drama' tadi?" soalnya.

Khalid tersengih. "Free, siapa tak nak tengok kan?".

Nisa jungkit bahu , lalu mengeluh.

"I heard someone has left by her plane, " ujar Khalid sinis.

"And I didn't expect that an 'old' man will be the pilot," ujar Nisa sambil tersengih nakal.

Khalid tergelak besar. " Not that 'old' la, Nisa. Tua sangat ke I ni?"

"Boleh tahan lah."

Tiba-tiba muncul gadis berkebaya biru menghampiri mereka. "Hai Kapten Khalid. Adik you ke?"

Dan soalan gadis itu membuatkan Nisa pecah gelak.

"How old are you, Nisa?" soal Khalid tak puas hati.

"18."

"Membohong sangat ni."

Khalid bangun dan menuju ke petugas yang memeriksa boarding pass penumpang. Bertanyakan sesuatu yang pastinya pada pengamatan Nisa,

Huh! Tanya umur aku lah tu!

"27! Ceh, beza umur you dengan I, 6 tahun je, cik adik. So you tak payah perasan muda sangat. Instead of pakcik, in order to show respect, why not call me 'abang'?"soal Khalid nakal.

Kali ni Nisa rasa nak cakap dekat diri sendiri

"Padan muka hang, Nisa!"






4 comments:

MaY_LiN said...

huhuhu
ketahuan lak

Anonymous said...

thanks fai.
tulisan awak best. keep up.

Kay Hana said...

Hye nice work!
harap teruskan usaha ni

Hezrin Abdullah said...

Best... teruskan berkarya