Wednesday, December 10, 2014

Buih [2]

Penat. Dia rasa penat yang teramat sangat. Fikirannya kosong. Pandangan jauh dihalakan ke ruang legar di tengah-tengah KLIA. Hiruk-pikuk orang di sekeliling sama sekali tak mengganggu dia yang mati fikiran. Sebenarnya, dia pun tak pasti apa lagi yang dia tunggu di sini. Dia tak boleh nak buat keputusan. Jam di pergelangan tangan menunjukkan tepat pukul 830 malam.

Kalau nak tengok buat kali terakhir, baliklah sebelum Asar. Lepas tu, orang nak simpan nenek dah.

Hujung tudung bawal yang dipakai dipintal-pintal dengan jari telunjuk kanan. Sedihnya perasaan ni, Allah yang tahu.

"Flight paling awal ke Alor Setar, esok pagi pukul 725 pagi," tiba-tiba satu suara garau muncul dari sebelah. Perlahan dia berpaling menghadap tuan empunya suara. Masih lengkap berpakaian seragam penerbangan nasional negara.

"Okay, " dia balas ringkas.

"I have to go now. Take care," ujar lelaki itu dan berlalu pergi. Dan dia cuma mengangguk tanpa sempat berterima kasih.

Perlahan kepala disandarkan ke kerusi sambil mendongak ke atas. Yang kelihatan hanyalah lingkaran tiang-tiang bumbung bangunan.

Tepat pukul 7 pagi, telah kedengaran pengumuman panggilan masuk penumpang yang akan berlepas ke Alor Setar melalui Gate A3. Hatinya gemuruh. Tiada lagi yang menantinya di Alor Setar, hanyalah nisan di kubur nenek. Laju dia melangkah memasuki perut pesawat. Mengambil tempat di bahagian kelas ekonomi, bersebelahan dengan tingkap. Pandangan dibuang jauh ke luar. Sebaik sahaja isyarat memakai tali pinggang keledar dimatikan, dia cuma membilang awan di langit.

"Are you okay?" telinganya seakan terdengar seseorang bertanyakan kepadanya. Ditoleh ke kanan. Seorang wanita dalam pertemngahan 60 tahun memandang dia sambil tersenyum. Dia cuma mengangguk kecil.

"Dari tadi makcik tengok. Anak nampak macam tak okay," lembut suara wanita itu bersuara.

Dia menggeleng beberapa kali dan kali ini dihadiahkan senyuman kecil.

"Hidup kita ni memang akan ada hari yang mendung, hujan. Tapi kita kena selalu ingat, walau apa pun terjadi, Dia tak pernah lupakan kita. Kita yang selalu lupakan Dia," ujar wanita itu lalu memegang lembut tangnnya. Seolah-olah Allah menghantar seseorang kepadanya. Allah, lemahnya dia. Dari semalam dia seakan lupa akan Qada dan Qadar dari Tuhan. Dia lupa yang menjemput nenek itu adalah Tuhan.

"Terima kasih, mak cik," lembut dia berbahasa kepada wanita tersebut. Mak cik itu cuma mengangguk.

"Anak nampak sedih sangat."

Bibir cuma menggaris sebuah senyuman pahit.

"Saya hilang orang yang paling saya sayang. Saya tak sempat tengok buat kali terakhir."

"Bila?"

"Semalam," pendek dia menjawab.

Dan wanita itu menggosok lembut tangannya seolah memujuk dan memebri kekuatan. "Kita selalu rasa dunia kita gelap ,bila kita hilang orang yang kita sayang. Lepastu, bila kita tak dapat apa yang kita nak, selalu kita rasa Allah ni tak sayang kita ke? Selalu akan rasa Allah tak bagi apa yang kita nak sebab kita ni jahat kah? Semua tu sebab kita bersangka buruk kat Allah. Kita tak pernah nak bersangka baik. Boleh tak sesekali kita fikir, kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah nak bagi kita yang lagi baik? Atau sebab Allah sayangkan kita, dia nak jaga dan lindung kita. Itulah sifat kita manusia ni, kadang-kadang dengan Allah pun kita selalu bersangka buruk kan?" tenang suara itu seakan menampar dia yang tewas dalam emosi.

"Tenanglah. Tenang. Kena selalu tenang. Insyaallah, Dia akan permudahkan," lagi suara itu separuh memujuk.

"Saya tak tahu nak cakap apa," dia bersuara sambil tersenyum.

"Anak ni , siapa nama?"

"Nisa."

"Boleh mak cik ikut ziarah kubur arwah?" soalan itu membuatkan dia rasa macam wanita ini baru sahaja 'menelaah' dirinya sebentar tadi.

"Mak cik siapa? Mak cik macam tahu banyak pasal saya."

Wanita itu tersenyum lagi, menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi.





1 comment:

MaY_LiN said...

sad
mesti ade kn ngena ngan nisa