Monday, August 31, 2015

Buih [4]

‘Dinner at 7p.m. Don’t worry, open place. I’m a good Malaysian.’
Nota kecil yang dihantar pekerja resort kepadanya dibaca berulang kali. Mesti pakcik kat pantai tadi.

Amboi, taste Mat Salleh sangat pak cik ni. Dinner pukul 7. Orang melayu dinner lepas Isyak la.
Tenang dia beralih kea rah telefon bimbit di atas katil. Sungguh teruk line telefon kat sini. Tapi, bagus juga, bolehla dia menikmati percutian yang sebenar-benar percutian. Bukan percutian media social, memanjang tangkap gambar, then upload!

Selesai  saja dia melipat sejadah usai berjumpa Tuhannya untuk waktu Isyak, selendang panjang kegemarannya dari Calaqisya dipakai. Teringat kata-kata pakcik tadi tentang hijabista. Mesti dia cop semua perempuan pakai selendang adalah hijabista. Tersenyum dia sendiri.

Tak susah untuk mencari makanan di Pulau Perhentian ini. Deretan kedai di setiap resort menawarkan khidmat restoran. Dia lebih selesa makan di restoran Flora Bay Resort yang didiaminya sahaja. Malas malam-malam nak berjalan jauh. Kerusi ditarik. Tak sampai 45 saat dia melabuhkan duduk, kerusi disebelahnya ditarik. Pantas dia berpaling.

“Sombong ke malu?” soal pakcik pantai petang tadi yang tiba-tiba muncul disebelah dan tanpa dipelawa lalu duduk.

“Dua-dua,” malas dia menjawab.

“Oh…,”ujar lelaki itu panjang.

Dia cuma menjungkit bahu. Pilihannya malam itu, nasi putih, tomyam campur, telur bungkus. Dia betul-betul lapar. Dan tetamu tak diundangnya cuma memesan segelas fresh orange. Dah makan kot tadi pukul 7 dia tu?

“Kenapa datang seorang je?” soal lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman.
Hoi, scary gila dia ni.

“Tak ada orang available nak ikut. Sorang je la”.

Lelaki itu mengangguk lambat-lambat sambil berfikir.

“I sebenarnya naik speed boat sama dengan you hari tu, tapi maybe you tak perasan I.”

“Okay.”

“Okay je? Boring lah you ni” jujur lelaki itu membalas.

Okay , kali ni dia rasa nak tergelak. Pelik gila pak cik ni. Ada ke patut cakap aku boring.

“Kenapa pak cik kata saya boring?” soalku jujur dan membuatkan pakcik tu yang sedang minum air fresh orange dia hamper tersembur.

“Excuse me, pak cik?” soalnya tak puas hati.

Dia jungkit bahu.
Nisa, umur kau pun dah 27. Kalau mamat ni late 30’s pun, at least pangkat abang la, Nisa. Bukan pak cik.

“Takkan nak panggil sayang pulak kan?,” Nisa jawab nakal sambil menghdaiahkan senyuman paling lebar.
Tergelak besar lelaki di hadapannya itu. Faham maksud kata-kata Nisa.

“Okay, my name is Khalid. So, you can stop calling me pakcik. Tak kisahla dalam hati ke, depan-depan ke, is it clear dear ‘young’ lady?” sengaja perkataan young tu disebut dengan nahu BOLD.

“Okay, saya Nisa.”

“Oh, Nisa. Nice and simple. Apa maksud Nisa?”

“Perempuan. Aaa. Perempuan yang cantik, “ jawab Nisa nakal.

“Tapi tak hot pun?” dan dengan selamba Khalid menembak jawapan Nisa.
Cis, kurang asam! Tak payah la jujur sangat.






1 comment:

MaY_LiN said...

suka nya..
cathy sgt nisa ni