Malam. Walau jauh dibuang pandangan tembus ke laut dalam,
namun tiada yang dapat menembusi mata kasar. Gelap. Yang jelas kedengaran
hanyalah bunyi desiran ombak. Sampan,
sampan kecil yang ditambat di gigi pantai terumbang-ambing mengikut alunan
ombak.
Damai. Itu juga satu rezeki. Selesai sahaja makan malam
tadi, dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan. Kononnya, nak bagi makanan
tadi turun dengan baik dalam perut. Ni, kalau balik bilik confirm melepek je atas katil.
Dan, ‘pak cik’ Khalid masih lagi setia mengikutinya. Dia tak
berasa takut pun. Tapi , kalau kat JB macam ni, sumpah dia dah lari. Kat pulau
kecil macam ni, tak ada apa pun yang nak dirisaukan. Orang ramai dan saling
mengenali walaupun pelancong.
“I could read face,” ujar Khalid tiba-tiba sebaik sahaja
mereka melabuhkan punggung di atas pasir , menikmati angin malam.
“So, what is written on my face, now?” soal Nisa teruja
sambil tersengih.
Khalid memandang tajam. Lama . dan akhirnya menarik segaris
senyuman.
“Fake . You are totally fake,” selamba Khalid bertutur
menjawab pertanyaan Nisa.
Dan jawapan itu membuatkan Nisa tersentak.
“Apa yang fake nya? Memandai je cakap orang.”
“You are hiding your feeling. You are trying very hard. Too
hard, Nisa. Till you didn’t realize you have hurts yourself badly.”
Nisa terdiam sambil menggumam bibir. Kali in terasa
seolah-olah kerongkongnya berpasir.
“Tak mati pun Nisa kalau you biar orang nampak apa yang you
rasa,” sekali lagi Khalid bertutur . kali ini seakan kedengaran bagaikan satu
nasihat.
Dari kawan untuk kawan.
“Dan orang lain pun tak mati kalau Nisa is hiding her
feeling. No body hurts,” balas Nisa membela diri.
Khalid mencapai ranting kayu dan cuba melukis di atas pasir.
“What makes you….. Nisa? “ Khalid bertanya lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“Nahh, don’t lie to me. I am the expert of face reader,
YOUNG girl,” ujar Khalid sambil cuba menarik perhatian Nisa.
Nisa tersenyum kecil.
“Okaylah pak cik Khalid. Got to go. Good night,” ujar Nisa
sambil bangun mengibas pasir yang terlekat di pakaiannya.
“Oi, tak habis cakap lagi.”
“Oi, tidurlah. Dah malam ni,” ujar Nisa sambil tersenyum dan
berlalu pergi.
Khalid, don’t cross
the line.
1 comment:
amboi amboi
caring eh
Post a Comment