Monday, August 31, 2015

Buih [7]

Perkara yang paling tak kelakar dalam dunia adalah tertinggal kapal terbang. Sangat tak kelakar dan teramatlah tak kelakar. Dia bertolak dari Jb pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA tepat jam 1240 tengah hari. Transit di KLIA sepatutnya hanyalah 20 minit sebelum gate dibuka untuk penerbangan ke Ho Chi Minh pada pukul 1 tengah hari. Tapi dia tersilap tengok boarding pass. Dia dengan selamba melantak kat Marrybrown macam orang kebulur, lepas tu berlenggang kangkung ke gate b4. Dan bila sampai, semua orang dah tak ada.

Terpaksa la dia turun ke level 3, report yang dia dah terlepas flight. Collect semula luggage , pergi kaunter tukar tiket baru, kena charge RM 350, pergi check in semula.
Nisa, suka buat benda banyak-banyak kali dan buang masa.

Penerbangan seterusnya pukul 6.05 petang waktu Malaysia. Dijangka tiba di Ho Chi Minh jam 7 petang waktu tempatan. Dan sekarang dia masih ada 2 jam untuk melangut kat KLIA ni.

"Sorry," kelam kabut dia meminta maaf selepas terlanggar seseorang.
Dan nasib yang tak baik itu, barang perempuan yg dilanggarnya berkecai ke lantai.

"Hey, stupid! You ni buta ke?" jerit perempuan rambut blonde skirt merah paras lutut.

Aku ke yang buta? Yand minah ni pakai shades dalam airport ni dah kenapa? Kaulah buta!

"Minta maaf, cik. Saya tak sengaja," lembut Nisa bersuara meredekan kemarahan gadis skirt merah itu, walaupun bukan salah dari pihaknya.

"Kalaupun you jakun first time datang airport macam ni, mata tu jalan tengokla orang. Tak payahla melilau-lilau mata tu," sembur perempuan garang tu lagi.

Kali ni Nisa cuma mengangguk dan mengiyakan. Penatlah nak bergaduh. Dahla kena tinggal kapal terbang, kena maki lagi. Pagi tadi keluar rumah tak mula dengan kaki kanan kot?

Kenyang makan makian dan cacian perempuan skirt merah tu, dia berjalan menuju gate yang perlu ditunggu. Kelihatan beberapa orang penumpang sudah menunggu di situ. DIa mengambil tempat dan melabuhkan punggung. Buku tulisan Ooi Kok Hin berjudul 'Aku Kafir Kau Siapa' dikeluarkan dari beg sandangnya.

Cubaan untuk 'membasuh hati' dan menenangkan diri.

"Takdelah hot sangat perempuan tadi tu. Mesti nama dia bukan Nisa," tiba-tiba ada satu suara menyapanya di sebelah.

2 comments:

MaY_LiN said...

eh!!
cam pakcik khalid je tuuu

NJ said...

Lagi please...
hehe..