Monday, August 31, 2015

Buih [3]

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah tuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti manakah ilhamku
Cahaya di matamu senyum dibibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau juga dalam kerinduan 
Disaat begini aku merindukan

Earphone di dalam tudung dibetulkan setelah hampir terlucut dari cuping telinga. Pandangan dibuang jauh ke tengah laut. Bibir diketap lembut, dan dilepaskan perlahan-lahan. Sudah 3 bulan dia hilang jiwa. Jiwa yang dibawa bersama nenek yang telah menemui Sang Pencipta.

Siapa dia yang berdosa ini untuk menidakkan takdir? Walau dalam setiap doa dikhabarkan pada Ar-Rahman bahawa sesungguhnya hatinya sangat menyayangi nenek, Dia tetap akan jemput nenek kembali bila masa sudah tiba. Kaki menguis pasir-pasir halus sambil termenung jauh. Kadang-kadang dia bertanya juga tentang 'kerja Tuhan' ini. Kenapa perlu Tuhan ciptakan dia kalau orang-orang yang dia sayang perlu tinggalkan dia? Dan dia tak pernah ada jawapan untuk itu.

"Jauhnya pergi. Dah sampai Zimbabwe ke?"

Pantas dia berpaling ke kiri untuk melihat tuan empunya badan.

Lelaki. Umur dalam late 30's. Seluar hawaii bunga-bunga cinta, T-shirt hitam Hard Rock Kafe Bali.

Tak terasa pun nak jawab pertanyaan tu, dia kembali membuang pandangan ke tengah laut. Stranger always being a stranger!

"Dah 2 hari I nampak you mengelamun kat sini," lagi sekali lelaki itu bersuara walaupun pertanyaan tadi tak bersambut.

Ceh, stalker ke dia ni?

"Maka?" soalnya malas.

Dan lelaki itu tergelak kecil.

"Klasiknya!"

Bulat mata dia memandang lelaki itu.

"Apa yang kelakar sangat?"

"Jarang dengar orang guna word 'maka'...dan jarang dah jumpa orang dressed up macam you ni, baju kurung tanpa kain, seluar tracksuit, ni fesyen baru geng-geng hijabista sekarang ke?"


1 comment:

MaY_LiN said...

aishhhh
buat lawak sungguh
xklakar ok..
org tgh syahdu ni
adehhh