"Cari apa kat Vietnam?" soal Khalid lembut sambil memandang Nisa yang terkial-kial menyimpan buku berwarna putih di dalam sling bag.
"Cari boyfriend mata sepet " balas Nisa nakal. Khalid tergelak kecil.
"You stay mana nanti kat sana?" soal Khalid lagi .
"Renaissance Riverside kot.. "
"Oh, boyfriend mata tak sepet ni pun stay sana juga ," balas Khalid sambil tersengih.
Nisa telan liur yang tiba-tiba rasa macam berpasir. Pebenda la pak cik ni .
"Nisa sibuk nanti kat sana. Tak ada masa nak keluar," jawab Nisa tiba-tiba.
"I ada ajak you keluar ke tadi?" soalan Khalid kali ni memang macam petir. Pastu senyum jahat.
PFHHHHH~~ Nisa, yang lebih-lebih ni kenapa??
"Tak, maksud Nisa, tak ada masa nak keluar jalan-jalan," jawab Nisa cepat. Panik pun iya juga.
Khalid tergelak besar sambil menggelengkan kepala.
----------------------------------------------------------
sorry tiba-tiba rasa macam makin boring plak cerita ni.
so pendek je i update.
Friday, January 8, 2016
Sunday, October 4, 2015
Buih [8]
Berkali-kali dia mengerlipkan mata. Memastikan apa yang dilihatnya tepat.
"Betul lah. Mata tu tak salah pun," ujar Khalid lalu mengambil tempat di sebelahnya.
Nisa menarik senyuman.
"Tengok ke 'drama' tadi?" soalnya.
Khalid tersengih. "Free, siapa tak nak tengok kan?".
Nisa jungkit bahu , lalu mengeluh.
"I heard someone has left by her plane, " ujar Khalid sinis.
"And I didn't expect that an 'old' man will be the pilot," ujar Nisa sambil tersengih nakal.
Khalid tergelak besar. " Not that 'old' la, Nisa. Tua sangat ke I ni?"
"Boleh tahan lah."
Tiba-tiba muncul gadis berkebaya biru menghampiri mereka. "Hai Kapten Khalid. Adik you ke?"
Dan soalan gadis itu membuatkan Nisa pecah gelak.
"How old are you, Nisa?" soal Khalid tak puas hati.
"18."
"Membohong sangat ni."
Khalid bangun dan menuju ke petugas yang memeriksa boarding pass penumpang. Bertanyakan sesuatu yang pastinya pada pengamatan Nisa,
Huh! Tanya umur aku lah tu!
"27! Ceh, beza umur you dengan I, 6 tahun je, cik adik. So you tak payah perasan muda sangat. Instead of pakcik, in order to show respect, why not call me 'abang'?"soal Khalid nakal.
Kali ni Nisa rasa nak cakap dekat diri sendiri
"Padan muka hang, Nisa!"

Monday, August 31, 2015
Buih [7]
Perkara yang paling tak kelakar dalam dunia adalah tertinggal kapal terbang. Sangat tak kelakar dan teramatlah tak kelakar. Dia bertolak dari Jb pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA tepat jam 1240 tengah hari. Transit di KLIA sepatutnya hanyalah 20 minit sebelum gate dibuka untuk penerbangan ke Ho Chi Minh pada pukul 1 tengah hari. Tapi dia tersilap tengok boarding pass. Dia dengan selamba melantak kat Marrybrown macam orang kebulur, lepas tu berlenggang kangkung ke gate b4. Dan bila sampai, semua orang dah tak ada.
Terpaksa la dia turun ke level 3, report yang dia dah terlepas flight. Collect semula luggage , pergi kaunter tukar tiket baru, kena charge RM 350, pergi check in semula.
Nisa, suka buat benda banyak-banyak kali dan buang masa.
Penerbangan seterusnya pukul 6.05 petang waktu Malaysia. Dijangka tiba di Ho Chi Minh jam 7 petang waktu tempatan. Dan sekarang dia masih ada 2 jam untuk melangut kat KLIA ni.
"Sorry," kelam kabut dia meminta maaf selepas terlanggar seseorang.
Dan nasib yang tak baik itu, barang perempuan yg dilanggarnya berkecai ke lantai.
"Hey, stupid! You ni buta ke?" jerit perempuan rambut blonde skirt merah paras lutut.
Aku ke yang buta? Yand minah ni pakai shades dalam airport ni dah kenapa? Kaulah buta!
"Minta maaf, cik. Saya tak sengaja," lembut Nisa bersuara meredekan kemarahan gadis skirt merah itu, walaupun bukan salah dari pihaknya.
"Kalaupun you jakun first time datang airport macam ni, mata tu jalan tengokla orang. Tak payahla melilau-lilau mata tu," sembur perempuan garang tu lagi.
Kali ni Nisa cuma mengangguk dan mengiyakan. Penatlah nak bergaduh. Dahla kena tinggal kapal terbang, kena maki lagi. Pagi tadi keluar rumah tak mula dengan kaki kanan kot?
Kenyang makan makian dan cacian perempuan skirt merah tu, dia berjalan menuju gate yang perlu ditunggu. Kelihatan beberapa orang penumpang sudah menunggu di situ. DIa mengambil tempat dan melabuhkan punggung. Buku tulisan Ooi Kok Hin berjudul 'Aku Kafir Kau Siapa' dikeluarkan dari beg sandangnya.
Cubaan untuk 'membasuh hati' dan menenangkan diri.
"Takdelah hot sangat perempuan tadi tu. Mesti nama dia bukan Nisa," tiba-tiba ada satu suara menyapanya di sebelah.

Buih [6]
Tiga bulan berlalu.
“Nisa, Vietnam please? “ ujar Kak Lisa dengan senyuman
paling manis di dunia. Amboi, Kak Lisa ni, patutlah Abang Aidid selalu
tertawan.
“Malas lah,” ujar Nisa dengan niat untuk mengusik dan
kembali kepada meja kerjanya. Skrin laptop disentuh. Cubaan untuk log in ke
akaun laptop sendiri. Dan, berjaya!
“Nisa, tak kesian kan akak ke? Kalau Nisa tak kesian kan
akak, sekurang-kurangnya Nisa kesiankanlah baby Shamil.”
Nisa tergelak kecil.
“Akak ni over sangat buat ayat sedih. CY suruh akak pergi Vietnam
attend meeting je pun, bukan pergi berperang. Tak payah nak sedih sangat, okay,
“ ujar Nisa sambil menjegil dan membulatkan mata.
“Ala, bolehlah Nisa. Akak tak berdaya sangat-sangat ni.
Shamil tu nanti menangis je kerjanya,” pujuk Kak Lisa lagi, tanpa jemu. Dia tahu,
seorang Nisa ini hatinya baik.
“Yolah. Tapi kena upah tau.”
“Itu beres, nanti kita pow Abang Aidid.”
“Lisa tak nak kedai biasa-biasa tau. Nisa nak makan kat Me’
nate.”
“Hoi, besarnya upah!”
“Take it or leave it?”
“Mampuslah Abang Aidid bising 37 hari, 37 malam nih.”
Dan Nisa tergelak kemenangan.
Vietnam, please be nice!
Buih [5]
Malam. Walau jauh dibuang pandangan tembus ke laut dalam,
namun tiada yang dapat menembusi mata kasar. Gelap. Yang jelas kedengaran
hanyalah bunyi desiran ombak. Sampan,
sampan kecil yang ditambat di gigi pantai terumbang-ambing mengikut alunan
ombak.
Damai. Itu juga satu rezeki. Selesai sahaja makan malam
tadi, dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan. Kononnya, nak bagi makanan
tadi turun dengan baik dalam perut. Ni, kalau balik bilik confirm melepek je atas katil.
Dan, ‘pak cik’ Khalid masih lagi setia mengikutinya. Dia tak
berasa takut pun. Tapi , kalau kat JB macam ni, sumpah dia dah lari. Kat pulau
kecil macam ni, tak ada apa pun yang nak dirisaukan. Orang ramai dan saling
mengenali walaupun pelancong.
“I could read face,” ujar Khalid tiba-tiba sebaik sahaja
mereka melabuhkan punggung di atas pasir , menikmati angin malam.
“So, what is written on my face, now?” soal Nisa teruja
sambil tersengih.
Khalid memandang tajam. Lama . dan akhirnya menarik segaris
senyuman.
“Fake . You are totally fake,” selamba Khalid bertutur
menjawab pertanyaan Nisa.
Dan jawapan itu membuatkan Nisa tersentak.
“Apa yang fake nya? Memandai je cakap orang.”
“You are hiding your feeling. You are trying very hard. Too
hard, Nisa. Till you didn’t realize you have hurts yourself badly.”
Nisa terdiam sambil menggumam bibir. Kali in terasa
seolah-olah kerongkongnya berpasir.
“Tak mati pun Nisa kalau you biar orang nampak apa yang you
rasa,” sekali lagi Khalid bertutur . kali ini seakan kedengaran bagaikan satu
nasihat.
Dari kawan untuk kawan.
“Dan orang lain pun tak mati kalau Nisa is hiding her
feeling. No body hurts,” balas Nisa membela diri.
Khalid mencapai ranting kayu dan cuba melukis di atas pasir.
“What makes you….. Nisa? “ Khalid bertanya lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“Nahh, don’t lie to me. I am the expert of face reader,
YOUNG girl,” ujar Khalid sambil cuba menarik perhatian Nisa.
Nisa tersenyum kecil.
“Okaylah pak cik Khalid. Got to go. Good night,” ujar Nisa
sambil bangun mengibas pasir yang terlekat di pakaiannya.
“Oi, tak habis cakap lagi.”
“Oi, tidurlah. Dah malam ni,” ujar Nisa sambil tersenyum dan
berlalu pergi.
Khalid, don’t cross
the line.
Buih [4]
‘Dinner at 7p.m. Don’t worry, open place. I’m a good
Malaysian.’
Nota kecil yang dihantar pekerja resort kepadanya dibaca
berulang kali. Mesti pakcik kat pantai tadi.
Amboi, taste Mat Salleh sangat pak
cik ni. Dinner pukul 7. Orang melayu dinner lepas Isyak la.
Tenang dia beralih kea rah telefon bimbit di atas katil.
Sungguh teruk line telefon kat sini. Tapi, bagus juga, bolehla dia menikmati
percutian yang sebenar-benar percutian. Bukan percutian media social, memanjang
tangkap gambar, then upload!
Selesai saja dia
melipat sejadah usai berjumpa Tuhannya untuk waktu Isyak, selendang panjang
kegemarannya dari Calaqisya dipakai. Teringat kata-kata pakcik tadi tentang
hijabista. Mesti dia cop semua perempuan pakai selendang adalah hijabista.
Tersenyum dia sendiri.
Tak susah untuk mencari makanan di Pulau Perhentian ini. Deretan
kedai di setiap resort menawarkan khidmat restoran. Dia lebih selesa makan di
restoran Flora Bay Resort yang didiaminya sahaja. Malas malam-malam nak
berjalan jauh. Kerusi ditarik. Tak sampai 45 saat dia melabuhkan duduk, kerusi
disebelahnya ditarik. Pantas dia berpaling.
“Sombong ke malu?” soal pakcik pantai petang tadi yang
tiba-tiba muncul disebelah dan tanpa dipelawa lalu duduk.
“Dua-dua,” malas dia menjawab.
“Oh…,”ujar lelaki itu panjang.
Dia cuma menjungkit bahu. Pilihannya malam itu, nasi putih,
tomyam campur, telur bungkus. Dia betul-betul lapar. Dan tetamu tak diundangnya
cuma memesan segelas fresh orange. Dah makan kot tadi pukul 7 dia tu?
“Kenapa datang seorang je?” soal lelaki itu sambil
menghadiahkan senyuman.
Hoi, scary gila dia ni.
“Tak ada orang available nak ikut. Sorang je la”.
Lelaki itu mengangguk lambat-lambat sambil berfikir.
“I sebenarnya naik speed boat sama dengan you hari tu, tapi
maybe you tak perasan I.”
“Okay.”
“Okay je? Boring lah you ni” jujur lelaki itu membalas.
Okay , kali ni dia rasa nak tergelak. Pelik gila pak cik ni.
Ada ke patut cakap aku boring.
“Kenapa pak cik kata saya boring?” soalku jujur dan
membuatkan pakcik tu yang sedang minum air fresh orange dia hamper tersembur.
“Excuse me, pak cik?” soalnya tak puas hati.
Dia jungkit bahu.
Nisa, umur kau pun dah 27. Kalau mamat ni late 30’s pun, at
least pangkat abang la, Nisa. Bukan pak cik.
“Takkan nak panggil sayang pulak kan?,” Nisa jawab nakal
sambil menghdaiahkan senyuman paling lebar.
Tergelak besar lelaki di hadapannya itu. Faham maksud
kata-kata Nisa.
“Okay, my name is Khalid. So, you can stop calling me
pakcik. Tak kisahla dalam hati ke, depan-depan ke, is it clear dear ‘young’ lady?”
sengaja perkataan young tu disebut dengan nahu BOLD.
“Okay, saya Nisa.”
“Oh, Nisa. Nice and simple. Apa maksud Nisa?”
“Perempuan. Aaa. Perempuan yang cantik, “ jawab Nisa nakal.
“Tapi tak hot pun?” dan dengan selamba Khalid menembak
jawapan Nisa.
Cis, kurang asam! Tak payah la jujur sangat.
Buih [3]
Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah tuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti manakah ilhamku
Cahaya di matamu senyum dibibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau juga dalam kerinduan
Disaat begini aku merindukan
Earphone di dalam tudung dibetulkan setelah hampir terlucut dari cuping telinga. Pandangan dibuang jauh ke tengah laut. Bibir diketap lembut, dan dilepaskan perlahan-lahan. Sudah 3 bulan dia hilang jiwa. Jiwa yang dibawa bersama nenek yang telah menemui Sang Pencipta.
Siapa dia yang berdosa ini untuk menidakkan takdir? Walau dalam setiap doa dikhabarkan pada Ar-Rahman bahawa sesungguhnya hatinya sangat menyayangi nenek, Dia tetap akan jemput nenek kembali bila masa sudah tiba. Kaki menguis pasir-pasir halus sambil termenung jauh. Kadang-kadang dia bertanya juga tentang 'kerja Tuhan' ini. Kenapa perlu Tuhan ciptakan dia kalau orang-orang yang dia sayang perlu tinggalkan dia? Dan dia tak pernah ada jawapan untuk itu.
"Jauhnya pergi. Dah sampai Zimbabwe ke?"
Pantas dia berpaling ke kiri untuk melihat tuan empunya badan.
Lelaki. Umur dalam late 30's. Seluar hawaii bunga-bunga cinta, T-shirt hitam Hard Rock Kafe Bali.
Tak terasa pun nak jawab pertanyaan tu, dia kembali membuang pandangan ke tengah laut. Stranger always being a stranger!
"Dah 2 hari I nampak you mengelamun kat sini," lagi sekali lelaki itu bersuara walaupun pertanyaan tadi tak bersambut.
Ceh, stalker ke dia ni?
"Maka?" soalnya malas.
Dan lelaki itu tergelak kecil.
"Klasiknya!"
Bulat mata dia memandang lelaki itu.
"Apa yang kelakar sangat?"
"Jarang dengar orang guna word 'maka'...dan jarang dah jumpa orang dressed up macam you ni, baju kurung tanpa kain, seluar tracksuit, ni fesyen baru geng-geng hijabista sekarang ke?"

Subscribe to:
Posts (Atom)