Bismillahirrahmanirrahim.
Diskriminasi.Wujud lagi jurang antara perempuan dan lelaki.
Kita perempuan, selalu terperangkap dengan keadaan.
Kita, orang perempuan selalu TERPAKSA mengalah dengan keadaan.
Kita , orang perempuan, selalu terima saja nasib atas diri kita.
Tak salah, tapi ada masanya, kita kena bangun betulkan keadaan tu.
Kita, orang perempuan, kadang-kadang terlalu tunduk pada keadaan.
Bukan itu caranya menjadi khalifah di bumi Allah untuk memegang nama sebagai perempuan.
Allah dah tinggikan martabat kita, orang perempuan, tapi kita sendiri yang rendahkan martabat kita. Sebab apa?
Kita , orang perempuan, terlalu takut. Takut dengan keadaan. Takut untuk bertindak. Bertindak bukan bereerti ingkar, tapi kita bertindak untuk menegakkan sesuatu yang hak.
Mungkin, kita orang perempuan terlalu bergantung harap pada mereka, orang lelaki.
Tengok sajalah, perempuan-perempuan yang sanggup di madukan, yang sanggup diabaikan nafkah, yang sanggup jadi boneka orang lelaki, semuanya terlalu takut untuk hidup tanpa orang lelaki.
Kenapa?
Sebab kita orang perempuan, terlalu berharap kepada manusia, bukan berharap kepada Pencipta-Nya.
Betullah, orang kata, kita orang perempuan, memang datang dari yang baik. Baik-baik bagaimana? Terlalu mendengar kata. Kadang-kadang, kita biar saja diri diperbodohkan orang lelaki.
Sebab apa? Sebab kita orang perempuan.
Tengoklah, tengok sekeliling. Mudah-mudah, lelaki yang bukan muhrim mengusung anada dara orang ke sana ke sini. Sebab apa? sebab kita orang perempuan mudah menyerah.Konon, itu bukti cinta.Konon,itu ketaatan. Taat mana yang kita pilih? Taat pada manusia, sedangkan pada Pencipta, kita lupa untuk taat?
Kita , orang perempuan, bangunlah!
Bangunlah!
Sedarlah!
Kita orang perempuan, kena berani berjuang. Menegakkan hak kita. Jangan biar orang lelaki terus ketawa. Kalau Allah dah tinggikan darjat kita, kenapa kita perlu letak darjat kita di tapak kaki lelaki.
Biarlah orang kata, kita mawar berduri.
Biar susah kumbang nak hampir, jangan sampai terlalu murah.
Biarlah kita jadi Epal yang tinggi di atas pokok. Biar yang benar2 faham yang memetiknya.
Kita, orang perempuan, bertindaklah.
Berhenti berharap pada manusia juga. Tapi berharaplah pada Tuhan, kerana Dia empunya hati kita.
Wallahualam.
4 comments:
Sebab kita orang perempuan kurang Pengharapan pada Allah.Kita selalu sandarkan pengharapan pada manusia.
Semoga kita lebih celik dan dapat menjaga maruah kita sebagai wanita Islam.InsyaAllah:)
perempuan ini - 1 akal ,9 nafsu
apa2 saja yng kau tulis diatas tentang perempuan mengarah kepada nasfu yng menguasai akal
lelaki ini - 9 akal 1 nafsu
masih nak salah kan kami?
-TAJ-
setuju dengan TAJ atas. dan jugak setuju dengan cik writer ni. tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah.
this is her opinion. this is her saying.
just want to add something.
perempuan akan terikat dengan kuasa seorang suami. dan bila suami cakap TIDAK, maka TIDAKLAH. dan jika suami cakap YA, maka YA. SELAGI tak melanggar hukum2 agama.
bahasa tersiratnya? sama2 kita fikir.
emmm..
just nak give opinion je..
psal komen kt atas ni..
btol jugak..
org perempuan WAJIB ikut cakap suami slagi x lngar hukum..
kite kne yakin,, pe je yg ALLAH dah suruh kte buat tu bnde btol..
MESTI ade hikmah die..
ble kite x yakin,,sme je mcm kite ni ade rse sangsi dgn ALLAH..
so,, knape msti x puas hati ble kite org perempuan ni wajib ikut cakap suami.. dalam agama kite dah gariskan dgn jelas smpi mne batas kte kne dgr ckap suami..selagi x lngar batas,, kte wajib ikut..
tu bnde btol..
jgan rse bile org perempuan yg ikut cakap lelaki ni lemah.. lagi2 suami.. mmg org lelaki ni ade 9 akal,, tp akal diorg yg 9 ni ttap akan klah dgn nfsu diorg yg 1 tu.. dan nfsu yg 1 tu pd kte org perempuan..
mungkin ni dapt tunjuk yg ALLAH tu maha adil.. knape kte kne ikut cakap suami.. so,, yakin pd ALLAH..
setiap bnde yg DIA dah gariskan pg kte tu msti ade sbb n hikmah die..
Post a Comment